ClickClickChinta

Chinta_Hatiku

Its A Long Time..

Wah, lamenye tak update blog ni. Macam-macam benda sebenarnye nak cite tapi keadaan tak mengizinkan. Dalam masa sebulan ni rasa letih n lemah je. Mudah betul terlelap. Haih, ape dah jadi pun tak taula. Tapi bila dok pk balik, tak pernah pun jadi camni. Adakah?? Apakah??

Tetiba rasa nak wat pregnancy test. After work terus pergi farmasi. Chinta beli yang RM10 je. Mane tau kalau -ve takdela rasa rugi sangat. Chinta beli 2 set. Set ke-2 tu biasala untuk mengsahihkan yang 1st. Balik umah terus wat test. Jeng3x...


Its positive. Means i'm pregnant!

Wow! Betul ke ni. Chinta wat test skali lagi. Memang sah, same results. 2 weeks later baru Chinta p clinic buka buku. Rupanya untuk anak 2nd n seterusnya, kepada ibu2 yang baru nak buka buku, kena bawa skali buku merah anak kita yang sebelum ni punya. Sebab ianya bagi memudahkan para jururawat meng'copy' semula data2 yang ada dalam buku tu. And 1 more thing, husband pun kena p skali sebab diorang kena amik darah untuk HIV blood test. 

This thing berkuatkuasa tahun ni. Nasib baik Chinta telah pun diberitahu oleh kawan Chinta iaitu Pn Nik mengenai perkara ni. So, bila dia mintak semua dah ada. Senang. Walaupun camtu, pukul 8 Chinta p clinic tu, pukul 11am baru habis. Mak aii lame bebenor rasanya. Dahla lapar. Nak makan satgi takut giliran tiba. 

Ermm, check punya check, Chinta pregnant 5 minggu dah. Alhamdulillah, kali ni pregnant Chinta tak muntah2 pun. Cuma angin je banyak. Duedate Chinta dijangkan 5 January 2013. Uih, awal tahun gitu. Lehla sama bulan dengan Mr. Denan ;) 
Beza my new coming soon baby ni with his/her (sebab tak tau lagi jantina) brother lebih kurang 3tahun. kira lame gakla Chinta nak pregnant. Tapi syukur Alhamdulillah, pregnant jugak Chinta. Kena jaga elok2 ni. 

Ok, that's all for today. Nanti Chinta continue lagi proses tumbesaran my  baby, insyaALLAH.. 
 

No comments:

Post a Comment