ClickClickChinta

Chinta_Hatiku

Showing posts with label CeLoteH. Show all posts
Showing posts with label CeLoteH. Show all posts

LaLaLa

Wah..its been a long time i x update my blog since i'm preggy. Bukan ape, maklumlah dah jadi mak orang ni tanggungjawab BESAR punya!! Lagipun trimester pertama ni keadaan tak mengizinkanla untuk update blog. Lemah semacam je. Ngantuk, malas, semua ada. Hopefully for the second trimester i'm getting much better. Bolehla update blog selalu ;)

So that's all for today entry. Next time when i feel better, i update more.. See ya, jangan marah ha..nanti kene jual ;)

Assalamualaikum..












BW dAy!

Tiap2 kali kalau ngadap laptop and on9, x sah kalau x view blog2 ni. X tau nape, tapi jari jemari ni macam ade tarikan magnet nak type name blog2 ni. Ade je cite baru kat blog ni. Tuan punya blog2 ni pun cun wo. Rase tenang je kalau tengok muke diaorg ni. Blog2 ni memang popular. Tengok jela follower and para pengomen diaorg pun sikit punya ramai. 

No 1 : Yes of course! Sudah tentula dia Si cun Hanis Zalikha.

Si Cun ni sedikit sebanyak bg idea for me to write in blog. Pada yg newbie cam i ni, x rugi kalau browse blog Si cun Hanis Zalikha ni. Memang best. 

No 2 :  Yang ni pun same. Best. And she is Fatin Liyana.

Cun kan? kan? kan?.. hehe. Cite2 dalam blog ni pun best. Baru2 ni Fatin Liyana on tv9- Safiyya. Berkongsi cerita pasal blog dia. Comel je dia masa tu.

 Okla, xnak cite panjang2. Nak bw blog2 Si cun ni jap.. daaaa.. 




Blajar Memandu


      Chinta blajar kete masa Chinta cuti semester dulu pada tahun 2002.. masa tu harga dalam RM800++ kat Johor. Tapi oleh kerana makcik Chinta kenal dengan tenaga pelajar tu, kautim baik punye dapatla diskaun. so just bayar RM550 je. Kebetulan cousin Chinta pun tengah dalam proses pembelajaran (tapi di institut memandu lain), dia kene bayar RM800++ sebab xde kenal sape2. Cousin Chinta punyela jeles sebab dia bayar lebih.. Chinta pun guna ayat standardla 'nasib lu la...'sambil tersengih2 Chinta pandang muka dia yang bengang2 comel gitu. Bukan pasal cousin Chinta tu yang Chinta nak cite, tapi pasal proses belajar memandu ni. Baru2 ni Chinta bawa adik ke institut memandu untuk blajar memandu, harga dia dalam RM862 untuk kereta sahaja (di kedah). Kira murah lagila. tapi kat Johor hampir RM1000, tu belum campur bayaran yang gagal lagi.. Wow! makin lame makin naik harga. Kat KL Chinta rasa lagi tinggi. 
      Tapi tula, Chinta tengok proses untuk dapatkan lesen P ni mengambil masa yang lame plak(tempat institut memandu yang Chinta bawa adik tu). Minggu ni dengar ceramah 6 jam. Next week plak kena p computer test. Then week seterusnya dengar lagi ceramah 3 jam n praktikal 3 jam. Pastu kena tunggu lepas seminggu plak untuk dapatkan lesen L. Lepas dapat lesen L tu baru leh start blajar kete..Uih, jenuh rasanya nak lepas peringkat pertama tu. Tak sanggup nak tunggu ber'week2' (baru cipta ayat ni) lamenye untuk dapatkan lesen L. So u all yang tak amik lagi lesen memandu tu cepat2la berbuat demikian ye. Bukan ape takut lagi rumit lagi prosesnye n bertambah lagi bayarannye..Baru2 ni ade kuar yang kita leh amik lesen untuk kete auto, tapi bayarannya pun ikut harga auto la..Mahal..Bagi yang mampu bolehla amik ye. Amik mane2 lesen kereta samada auto or manual pun xpe, cuma bagi Chinta, Chinta lebih suka manual sebab bila kita amik manual, kita boleh bawa kete jenis auto and manual berbanding dengan lesen auto, kita hanya boleh bawa kete auto sahaja.. So tepuk dada tanya selera..