ClickClickChinta

Chinta_Hatiku

SeMester 1

Sem 1 bermula. Mak aii, bila tengok subjek2nye leh ke aku bawak ni. Boleh x boleh pun kene pulun gak, ni la pilihanku. (tula, g amik course ni watpe xtau)


Salah 1 subjek yg aku suke French. Memang best. Tapi tu la, silih bertukar ganti lecturer. Pronouns pun dah jadi tunggang terbalik. 'Ampunkan sy mademoiselle, kalau suruh sy cakap skang ni sy dah x reti dah'.. Nampak sgt study untuk lulus je, bukan nak praktik. Kalau tgk cite Perancis tu adela paham ckit2..


Berbalik pada subjek td, paling susah bagi aku Food Studies. Perrggghh, nak kene igt mcm2 jenis kuman, n macam2 lg. Aku ni ms study dulu main2. x study langsung. Asik kacau org je. Aku dulu dok sebilik 3org. Sorg tu batch aku n sorg lagi senior course lain. Senior tu aku panggil dia kak ina. Kak ina ni penakut sikit. Eh, x sikitla, banyakkk.. Jadi dialah sasaran aku utk aku usik. Dia paling takut dgn HANTU. Nak tau camne aku usik dia? Lets check it out..






 Letak pic hantu hasil lakaranku di antara bantal. Kak ina akan angkat bantal atas n guna untuk peluk. So bila dia angkat, automatically dia akan nampak. AAarrgghhhh! Jeritan yg akan kedengaran selepas tu. hihihi






Letak dilipatan baju. Apabila kak ina nak pakai baju, dia suka pilih2 dulu baju mane nak pakai. Dan skali lagi, dia akan AArrggghhhh! hihiii..




Lebih kurang camni je aku lukis. Tu pun takut. (x baiknye aku).. Apepun tula kenangan yg aku igt sampai skang. Kak ina memang best. Walaupun dia penakut tapi dia byk bagi nasihat kat kami sebilik. Siap bgtau lagi tiap2 sem penghuni bilik ni ade je yg kene tendang sbb result teruk. Ngeri wo..Sori ye kak ina, terlebih sudah..Chaiyok kak ina!


Hurmm..sebab musabab ni jugakla pointer aku kureng memuaskan. Tula asik kacau org terimala AKIBATnye. 2.98..hahaha sabo jela. Nasib baik x kene repeat. Tengokla camne plak sem 2 nye cite..








SeGMeN jOm MaiN fOllOw-fOllOw

Segmen?? Hurmm, Chinta x penah lagi join segmen mana2. Ni 1st time Chinta join. Chinta dok BW blog2 yg dok ade, tetiba Chinta terbaca 1 segmen dari blog Lady Sempoy. Memang sempoi la. Tergerak hati Chinta nak join. Maklumla, Chinta ni pun baru lagi dalam dunia Blogger ni. Segmen ni di beri nama Segmen Jom Main Follow-Follow memang sesuaila untuk Blogger baru mcm Chinta ni. Ok, jom kita tengok nak wat camne.

Klik banner ni for more info






Syarat2 nak join very senang :
1. follow blog Lady Sempoy
2. like fanpage  Lady Sempoy
3. copy banner diatas, and then link kan ke blog Lady Sempoy
4. buat satu entry untuk segmen ni dan dalam entry tu kena tulis semua kat bawah ni:
  • nama anda sebagai blogger ?
  • kenapa anda buat blog ?
  • berapa usia blog anda ?
5. tag 2 orang kawan anda..,dan pasti kan diorang tahu
6.  Last sekali, sila tinggal kan link entry anda tu di komen post    
    Segmen Jom Main Follow - Follow di blog Lady Sempoy.

*Jomla beramai2 join Segmen Jom Main Follow-Follow ni untuk menambahkan lagi kenalan.
Jawapan Chinta :
1. Nama Blogger : Chinta Amani
2. Sebab apa buat blog : Berkongsi dan bertukar-tukar cerita disamping mengisi masa lapang
3. Usia blog : 3 bulan - start dalam bulan jan 2012


MoMeNt BeiNg A MuM

Chinta akad nikah pd Mei 2008. Disahkan preggy 2 months after that. Perasaan masa tu bercampur baur. Rs best pun ade, cam belum sedia pun ade. Mane x nye, free 2 bulan je. Tapi Chinta bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Yelah, setengah couple tu kawin bertahun2 tapi xde anak lagi. 

1st trimester Chinta mabuk teruk. Hari2 muntah. Tengok berus gg pun dah loya. Makan pun x bape nak lalu. Bayangkanla 2x Chinta kene masuk wad tambah air. Time tu plak bulan pose. Lebih kurang seminggu gak Chinta ponteng pose. X tahan beb. Masuk pertengahan bulan ke-4 preggy, Chinta dah bebas dari mabuk2. 

Mase ni 1-2months preggy. 

Bulan ke-6 baru Chinta rs baby gerak2. Perut Chinta kecik je. Time ni baru org perasan yang Chinta pregnant. Hihihi. Masa ni baru Chinta rs baby start kicking. Kadang2 leh nampak bonjolan kat perut Chinta. Aktif baby ni. X dok diam. Masuk bulan ke-7 Chinta g wat scan yg 4D nye, baru nampak baby.

 Look, it's a boy!! Terang2 dia tunjuk. Haa, mama nak tengok sangat kan.

4D is much more better than yang biase punya.

Masuk 8months Chinta siap p Sabah lagi jenjalan. Kalau ikutkan x leh naik kapal terbang, tp Chinta kautim baik punye dgn doctor, dia adjust ckit kiraan minggu pregnant. Sayangla Doctor! 


 Poring Hot Spring

A bit mengah2. Nasib baik x terbesalin kat Sabah. Kalau x my tika2 ic Sabah.

At last, on 12 April 2009, tepat kul 5.05am lahirla seorg baby boy yg sangat chumel. Walaupun beratnya pun chumel iaitu 2.25kg, tapi alhamdulillah dua2 ibu n anak selamat. 
Ahmad Iskandar aka My Tika2



So, memang seronok jadi ibu ni. Kepada sape2 yang x kawin lg tu cepat2la.. hehe





UITM

Chinta dulu dapat offer sambung belajar kat POliteknik (course IT) and Uitm (course Hotel Management & Tourism). Belek punya belek, pk punya pk, akhirnye Chinta wat keputusan. Parents Chinta x kisah mane2, janji Chinta study smart. Chinta pilih Uitm. Sebab pe? Sbb yg x leh diterima akal iaitu sbb x penah p Terengganu. Kalau ikutkan, Chinta lebih suke course IT tapi sbb Poli tu kat Pasir Gudang (Chinta dok Kota Tinggi), konon2 1 negeri, so tolak tawaran tu (ngok betulla).

Lapor diri. UitM Dungun, here i come!!


Minggu orientasi-biasela kene ragging dgn senior. Macam2 kene wat. H/p kene amik dgn senior. Nak call parents kene guna public phone. Time tu rs nak balik umah pun ade. Tempat kediaman lak, OH TIDAK! Macam chalet pun ade. 



Teringin nak dok block2 batu yg sedia ade.  Tapi lama-kelamaan Chinta mula syok dok situ. Dok berharap agar tiap2 sem dok kat kediaman jenis chalet je. Alhamdulillah sampai sem 6 Chinta dok kat chalet. Cume bukan chalet yg samela. Dari chalet tepi pantai sehinggalah chalet tepi bola tampar court.

Best woo dok kat chalet ni..

Banyak sungguh kenangan Chinta kat chalet ni. Chinta rasa Uitm Dungun ni lah the best environment than others. Mana tak nye, depan laut, tepi tasik. Panjat bukit ade air terjun. Memang sempoi la..




OST Vanila Coklat


Hurmm..drama Vanila Coklat (VC) dah pun habis. Sape yang tengok, camne rase ending dia, ok x? Chinta ni suke sangatla cite camni. Mula2 benci, pastu cinta. He3x. Chinta sebenarnya bukan nak cite pasal cite VC ni. Chinta nak share salah satu lagu dalam cite ni. Lagu dari Spider-Tapi Bagaimana. Best gak lagu ni. Chinta suke. Siap hafal lagi. Tula ek, bila pk2 balik kadang2 cite ni bolah menaikkan lagi rate sesebuah lagu. Okla, Chinta x nak membebel panjang2, nanti korang boring pulak. Let’s enjoy the song. Chinta bagi skali lirik.  Jangan lupe nyanyi sambil bayangkan Amir & Zara… ;)




HoW i Met Mr. DeNaN--Part oNe

'Chinta, camne Chinta kenal ek dengan hubby Chinta dulu?', tanya seorang teman kepadaku. Lantas Chinta terpikir nak wat entry berkenaan dengan topik ni. Leh kot ek.. Harap2 pembaca sekalian x boringla baca..he3x.. Sambil tu leh share dengan pembaca sume my memory bercinta dulu. Dulu ke? Cam dah lame je kawin.. 

Dolu2 Chinta x caye sangat rekemen kawan2 ni leh ke tahap bercinta. Mane taknye, banyak yang jadi depan mata Chinta yg bercinta x kemana (bape byk cinta daaa). But one day, my friend asked me to had a breakfast with her at Stadium Darul Aman, mamam roti jala. Chinta tanpa berfikir panjang, orait jek. Then bila sampai kat stadium, Chinta tengok ade 2 guys ni dok semeja dengan my friend. Oh, lupe Chinta nak bgtau. My friend tu dah kawin and salah sorang lelaki tu hubby dia. 


*pic credit to usptnpenang.blogspot.com

Her hubby pun kenalkan Chinta dengan kawan dia as Mr. Denan. Rupe2nye we work at the same roof but Chinta di bahagian administration and Mr. Denan di site. So we x pernah jumpa mahupun terserempak. We kemudian x sembang sangat, mungkin sebab 1st time kot jumpa x tau nak cakap pe. Mr. Denan plak pendiam. All of us maman roti jala. 1 set roti jala ade 3 keping.


*mmg sedap. kalau x caye leh view kat sini. MKstreet.com.

 Tengah Chinta dok maman tu tetiba Mr. Denan mengajukan soklan. "Lahir kat mana?' (pekat sikit loghat, orang Kedah la katakan). Chinta yang sedang asyik maman ni terus jawab, 'kat hospitalla', dan sambung balik maman. Terkedu Chinta tengok muka Mr. Denan. My friend and hubby dia pun x cakap ape. Keadaan menjadi sunyi seketika. Then habis je maman Chinta bersuara, 'leh mintak lagi 1 set roti jala x?', diorg sume bantai gelak. Tudia, Chinta sorg je tambah and u know what, Chinta habis makan dulu. Haa..Chinta bukan gelojoh tau tapi memang makan laju. Chinta ni xdela nak control2 maman. Kalau orang lain pertama kali jumpa someone, nak maman pun x lalu. Kawan Chinta ade yg camni, sanggup mamam sikit sebab malu. Kalau Chinta memang taklah.

For ur infomation, Chinta ni kuat maman tau tapi badan x naik. And one more thing, Chinta dok johor sebenarnya, tapi keje kat kedah. Sebab tu Mr. Denan tanya soklan camtu. Bukan ape, mesti ade yang pelik nape tetiba Mr. Denan tanya soklan tu. Chinta ni plak jenis slumber. Kita jawab yang betul. My friend kata maksud soklan dia tu Chinta lahir kat kedah or johor.. OooOo, manelah Chinta tau. Tapi betul pe lahir kat hospital. Hahaha..Sian Mr. Denan, awal2 lagi dah kene sebijik.


Kedah or Johor??
 ? 
?
?
?
=
   Hospital Sultanah Bahiyah..hehehe


After sume dah habis makan, kami pun gerak dulu. Sampai kat ofis my friend sms Mr. Denan my contact no. My friend tu memang memainkan peranan dia dengan baik. Siap follow-up dengan Chinta sama ada Mr.Denan ade call ke x.. Dua hari berlalu tanpa sms, tanpa call dari Mr. Denan. My friend dah mula risau. Chinta pulak 1 je yang Chinta pk, 'mmg dah kene rejectla aku'..Apa yang berlaku seterusnya? Teruskan membaca..




To be continued...



KaKi bOLa


Korang tengok rancangan ni? Ye betul, Kaki Bola di Tv9 setiap Isnin.


Bg Chinta not bad jugak utk peminat bola sepak tanahair. Rancangan ni bercorak santai. Menceritakan mengenai info2 sukan bola sepak tempatan dan juga luar negara. Info2 mengenai sukan lain pun ade gak cuma x banyak. Yela, nama pun Kaki Bola.

   Ini dia pengacara2 Kaki Bola. Kieran, E-one and Seelan Paul. Banyak gak segmen2 dlm Kaki Bola ni. Antaranya segmen yg dikendalikan Referee Ahmad Kayu, banyak bagi info mengenai peraturan2 dlm permainan bola sepak. Dari yg x tahu ape2 pasal bola sepak pun leh tau bila tengok segmen ni. 

Sekarang ni kaki bola ni tengah mencari pengacara pompuan untuk menaikkan seri rancangan ni. Boleh tahan gak yg p ujibakat tu. Tapi tula, bagi Chinta kalau xde ilmu langsung pasal bola sepak ni, baik x yah p. Bukan ape, hrtu Chinta ade tengok ujibakat ni. Ade sorang awek tu bila Seelan (kalau x silapla) tanya,'siapa pemain bola sepak yg awak minat?' (lebih kurang camni la soklan dia). Awek tu jawab, 'yang kembar tu, tapi x ingatla nama dia'.. Hurmm, sikit punya popular si kembar tu lebih2 lagi dua2 kawin dgn artis, x kan x ingat nama. Jadi lain kali, kalau teringin nak jd pengacara gak, preparela awal2 moga x jd bahan gelak nanti. 
 
 Segmen yang Chinta paling suka ialah Kaki Emas. Ni kira cam acara kemuncakla. Para jemputan yg hadir kena wat tendangan untuk mencari mata. Dira Abu Zahar peserta pompuan pertama yang dapat mata. Walaupun 1 point kira okla dapat mengalahkan peserta laki (except yg dah ade dlm list top score). hik3x

Antara para jemputan di Kaki Bola

Apepun, keep it up kaki bola!