ClickClickChinta

Chinta_Hatiku

Blajar Memandu


      Chinta blajar kete masa Chinta cuti semester dulu pada tahun 2002.. masa tu harga dalam RM800++ kat Johor. Tapi oleh kerana makcik Chinta kenal dengan tenaga pelajar tu, kautim baik punye dapatla diskaun. so just bayar RM550 je. Kebetulan cousin Chinta pun tengah dalam proses pembelajaran (tapi di institut memandu lain), dia kene bayar RM800++ sebab xde kenal sape2. Cousin Chinta punyela jeles sebab dia bayar lebih.. Chinta pun guna ayat standardla 'nasib lu la...'sambil tersengih2 Chinta pandang muka dia yang bengang2 comel gitu. Bukan pasal cousin Chinta tu yang Chinta nak cite, tapi pasal proses belajar memandu ni. Baru2 ni Chinta bawa adik ke institut memandu untuk blajar memandu, harga dia dalam RM862 untuk kereta sahaja (di kedah). Kira murah lagila. tapi kat Johor hampir RM1000, tu belum campur bayaran yang gagal lagi.. Wow! makin lame makin naik harga. Kat KL Chinta rasa lagi tinggi. 
      Tapi tula, Chinta tengok proses untuk dapatkan lesen P ni mengambil masa yang lame plak(tempat institut memandu yang Chinta bawa adik tu). Minggu ni dengar ceramah 6 jam. Next week plak kena p computer test. Then week seterusnya dengar lagi ceramah 3 jam n praktikal 3 jam. Pastu kena tunggu lepas seminggu plak untuk dapatkan lesen L. Lepas dapat lesen L tu baru leh start blajar kete..Uih, jenuh rasanya nak lepas peringkat pertama tu. Tak sanggup nak tunggu ber'week2' (baru cipta ayat ni) lamenye untuk dapatkan lesen L. So u all yang tak amik lagi lesen memandu tu cepat2la berbuat demikian ye. Bukan ape takut lagi rumit lagi prosesnye n bertambah lagi bayarannye..Baru2 ni ade kuar yang kita leh amik lesen untuk kete auto, tapi bayarannya pun ikut harga auto la..Mahal..Bagi yang mampu bolehla amik ye. Amik mane2 lesen kereta samada auto or manual pun xpe, cuma bagi Chinta, Chinta lebih suka manual sebab bila kita amik manual, kita boleh bawa kete jenis auto and manual berbanding dengan lesen auto, kita hanya boleh bawa kete auto sahaja.. So tepuk dada tanya selera..

2 comments: